"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun
menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."
Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak
pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum
memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk
Islam sehingga ia menemui Nabi S.A.W . Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan
perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah
iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah di medan
perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Nabi S.A.W
menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.