Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan
tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan saja,
mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan
timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang
tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang
yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan,
zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat
kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan
ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang
yang fasiq, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya
dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."