Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi
bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang
selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu." Bunyi
suara ghaib itu.
Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai
wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan
berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih
mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada
Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang
diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak
pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.