Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000
gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api,
pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan
dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor
pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000
qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka
penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan
keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah
kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang
kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin
dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka
berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan
didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu
mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000
malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada
diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan
setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung
dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut.
Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka
Jahannam.