"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa
kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah
menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan
Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap
melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu
bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi
babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon
supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi
Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa,
inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat
tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun
dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam
anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu
bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam
syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang
akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia
berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya
seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita,
urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka
menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita,
urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita
diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di
akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit,
tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua
ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan
syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL