Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi,
seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa
sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman
yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap
kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai
akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah
aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan
aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk
yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan
diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan
siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan
kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan
Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah
dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan
siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu
dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T
mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu
hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau
dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.