Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam
kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah
mereka berani solat dan tawaf di Kaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah
seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari
surah Al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapur kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-
Baqarah, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan
kehendak Allah SWT. kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Quran
yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti
mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran
lainnya.
Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai
perjalanannya mikraj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan
bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya.
Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS
memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada
sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu
berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu.
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu
Umar r.a.".
Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan
keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari
yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi,
bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta
memiliki sifat yang sangat pemalu. kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak
Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai
dengan apa yang dikehendaki hatinya".