Pada suatu hari Rasulullah SAW berbicara dengan seorang lelaki dari desa. Beliau SAW
menceritakan bahawa ada seorang lelaki penghuni syurga meminta kepada Allah untuk
bercucuk tanam, kemudian Allah bertanya kepadanya bukankah Allah telah berikan
semua perkara yang dia perlukan? Lelaki itu mengakui, tetapi dia suka bercucuk tanam.
Lalu dia menabur biji benih. Tanaman itu langsung tumbuh. Kesemuanya sama. Setelah
itu dia menuainya. Hasilnya dapat setinggi gunung. Allah berfirman kepadanya, "Wahai
anak Adam, ia tidak mengenyangkan perut kamu".
"Demi Allah, orang itu adalah orang Quraisy atau pun Ansar karena mereka dari
golongan petani. Kami bukan dari golongan petani", kata orang Badui itu.
Rasulullah SAW tertawa mendengar kata-kata orang badui itu.