Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan
menyeksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu
dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu
menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah
membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang
ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang
Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan
hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu.
Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar.
Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.