"Ilya adalah hamba Allah. Hal ini ditulis bagi semua orang yang
menginginkan untuk berjalan bersama Allah Pencipta mereka.
Sesungguhnya orang yang suka untuk banyak belajar maka ia akan sedikit
takut kepada Allah. kerana orang yang takut kepada Allah maka ia akan
merasa puas untuk mengetahui apa-apa yang diinginkan Allah saja.
Hendaklah orang-orang yang menginginkan untuk mengerjakan amal-amal
yang soleh memperhatikan diri mereka kerana seseorang tidak akan
memperoleh manfaat ketika mendapati dunia mendapatkan keuntungan
sementara ia mendapati kerugian. Selanjutnya, hendaklah orang yang
mengajari orang lain berusaha untuk lebih baik daripada orang lain
kerana tidak akan bermanfaat suatu nasihat yang diberikan oleh orang
yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya. Sebab, bagaimana
seorang yang salah dapat memperbaiki kehidupannya sementara ia
mendengar seorang yang lebih buruk darinya berusaha untuk
mengajarinya. Kemudian hendaklah orang yang mencari Allah berusaha
lari dari percakapan dengan manusia kerana Musa ketika berada sendirian
di atas gunung Saina' maka beliau menemukan Allah dan berdialog
dengan-Nya sebagaimana seorang pencinta berdialog dengan kekasihnya.
Dan hendaklah orang-orang yang mencari Allah berusaha keluar sekali
setiap tiga puluh kali ke tempat yang biasa di jadikan perkumpulan oleh
masyarakat dunia. kerana boleh jadi ia dapat melakukan suatu amal pada
satu hari saja namun dihitung amalnya itu selama dua tahun, khususnya
berkaitan dengan pekerjaan yang di situ ia mencari ridha Allah.
Hendaklah ketika ia berbicara tidak melihat ke arah mana pun kecuali ke
arah dua kakinya, dan ketika ia berbicara hendaklah mengatakan hal
yang penting saja. Hendaklah ketika ia makan tidak berdiri dari meja
makan dalam keadaan kekenyangan. Dan hendaklah mereka berpikir
setiap hari kerana boleh jadi mereka tidak akan menemui hari
berikutnya. Dan hendaklah mereka benar-benar memanfaatkan waktu
mereka sebagaimana mereka selalu bernafas. Hendaklah satu baju dari
kulit binatang cukup untuk mereka. Hendaklah mereka setiap malam
berusaha untuk tidur tidak lebih dari dua jam. Hendaklah mereka
berusaha berdiri di tengah-tengah salat dengan rasa takut.
Kerjakanlah semua ini dalam rangka mengabdi kepada Allah s.w.t dengan
menjunjung tinggi syariat-Nya yang Allah s.w.t kurniakan kepada kalian
melalui Nabi Musa. kerana dengan cara seperti ini, kalian akan
menemukan Allah s.w.t dan kalian akan merasakan pada setiap zaman
dan tempat bahawa kalian berada di bawah naungan Allah s.w.t dan Dia
akan selalu bersama kalian." Demikianlah apa-apa yang disebutkan dalam
injil Barnabas melalui tulisan Ilya. ?