Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat
dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga
tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya
berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan
sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang
didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka
mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk
syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di
tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.
Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya,
kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian
Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di
bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada
Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga
di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga," maka
Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka
berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga.
"Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu
keluar Allah s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan
sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah
s.w.t berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian
kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah
memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan
tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).
"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah
memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris)
sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa
sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."
Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris
dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita
dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."