Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka
dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api
neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata
setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku
Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah
api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha
menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat,
demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk,
demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril
berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda
mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air
itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang
menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk
memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka
padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah
mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."