Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku,
tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat
dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula
hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin
makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan
sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku
sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk
mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku
potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal
bagi kami dan haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang
tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya
membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya
itu.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam
kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila
kuamalkan akan masuk syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa
aku telah berbuat baik?"
Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau
baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka
engkau sebenarnya jahat."