"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di
kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti
beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi
satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela
Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah ?"
Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya.
Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih
baik daripada Abu Bakar ?" Semua jemaah diam saja tidak ada yang menjawab.
Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang
beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman
dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan
imannya."