Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir, di mana ia berdakwah
untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah serta memberi
beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari seksaan
di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai berusia 82 tahun.
Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :-
1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa
kemenangan.
2. Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan
mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3. Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah dan berdoa, maka
ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula puasa dan sembahyangmu.
4. Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan
janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu
tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5. Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-
pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan
ucapan syukur dan puji kepada Allah.
6. Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak
akan banyak dan lama menikmati kemujuran nasibnya.
7. Barang siapa melampaui kesederhanaan, tidak suatu pun akan
memuaskannya.
8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang
tidak dapat bersyukur kepada Allah atau nikmat-nikmat yang
diperolehinya itu.