Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga
permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga
membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang
diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar
dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur
itu dan membunuh bayi di sisinya.
"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala
kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu
dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk
mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai
akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."