Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu
(anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk
berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan
apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura
hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa
saya tidak makan bersama-samanya."
Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk
kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan
tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T
telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang
Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan."
(Al-Hasy : 9)