Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat
merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud
a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari
sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya
membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa
sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud
a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat
tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat
dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka
menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat
dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi
bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai
teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang
berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.