Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu
sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama,
pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-
Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya
disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ke tujuh
namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud
kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku,
sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan
Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku
kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan
sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika
para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang
mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana
bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling
dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak
pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah
cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya
seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah
yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada
sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang
bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan
janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke
beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi.
Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun
iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat,
banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya,
dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak
menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail.
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu
menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu
dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman
dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari
Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan
penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak
cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu
dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan
peredaran darah."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang
bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan
yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan
pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan
berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka
mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat
perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan
senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak
itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara
mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-
perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalam
surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di
antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera
engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta
dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis
kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."