Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun
mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula
berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah
mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu
walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari
sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku
supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil
ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak
1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada
Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku
dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya
kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut
kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah
diri kepada Allah s.w.t. Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka
menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka
akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Kisah-kisah yang
berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan
sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak
memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di
bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.