Sakit yang dideritanya cukup lama sehingga beliau menghabiskan waktu-
waktu dan hari-harinya dalam keadaan sendirian bersama penyakitnya,
rasa sedihnya, dan kesendiriannya. Demikianlah Nabi Ayub merasakan
segi tiga penderitaan. Segi tiga penderitaan dalam hidupnya, yaitu sakit,
kesedihan, dan kesendirian. Di saat beliau mendapat cubaan seperti itu,
pada suatu hari datang pada beliau salah satu pemikiran syaitan. Fikiran
itu berputar-putar di relung hatinya; fikiran itu mengatakan padanya,
wahai Ayub penyakit ini dan penderitaan yang engkau rasakan oleh
kerana godaan dariku. Seandainya engkau berhenti sabar dalam satu hari
saja nescaya penyakitmu akan hilang darimu. Kemudian manusia-manusia
berbisik-bisik dan berkata: Seandainya Allah s.w.t mencintainya nescaya
ia tidak akan merasakan penderitaan yang begitu hebat. Demikianlah
pemikiran yang jahat itu. syaitan tidak mampu untuk mengganggu
seseorang kecuali dengan izin Allah s.w.t sebagaimana Allah s.w.t tidak
menjadikan cinta-Nya kepada manusia identik dengan kesihatan mereka.
Sesungguhnya Allah s.w.t menguji mereka sebagaimana yang
dikehendaki-Nya.
Fikiran syaitan itu berputar di sekitar hati Nabi Ayub seperti berputarnya
lalat di musim panas di sekitar kepala manusia, namun beliau mampu
menghilangkan fikiran ini dan sambil tersenyum kepada dirinya beliau
berkata: "Keluarlah hai syaitan! Sungguh aku tidak akan berhenti
bersabar, bersyukur, dan beribadah." Akhirnya, fikiran jahat itu dengan
rasa putus asa keluar dari akal Nabi Ayub. Nabi Ayub duduk dalam
keadaan marah kerana syaitan berani untuk mengganggunya. Beliau
membayangkan bahawa boleh jadi syaitan berani menggodanya dengan
memanfaatkan kesendiriannya, penderitaannya, dan penyakitnya.
Isteri Nabi Ayub datang dalam keadaan terlambat dan mendapati Nabi
Ayub dalam keadaan marah. Isterinya itu menutupi kepalanya dengan
suatu kain tertutup. Isteri Nabi Ayub menghadirkan atau menghidangkan
makanan yang baik untuknya. Nabi Ayub bertanya padanya: "Dari mana
engkau mendapati wang?" Nabi Ayub telah bersumpah akan memukulnya
seratus kali pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh, tetapi
kesabarannya sungguh sangat luas seperti sungai yang besar. Dan di
waktu sore, setelah mengetahui kehalalan makanan yang dihidangkan,
beliau pun memakannya. Kemudian Nabi Ayub keluar menuju ke gunung
dan berdoa kepada Tuhannya.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya:
'Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan'
(Allah berfirman): 'Hentamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk
mandi dan untuk minum. Dan Kami anugerahi dia (dengan
mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada
mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan
pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. Dan ambillah
dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan
janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami mendapati
dia (Ayuh) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba.
Sesungguhnya dia sangat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 41-44)
Bagaimana kita memahami perkataan Nabi Ayub, "Sesungguhnya aku
diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan."? Nabi Ayub ingin
mengadukan kepada Tuhannya perihal keberanian syaitan padanya di
mana syaitan membayangkan bahawa ia dapat mengganggunya. Nabi
Ayub tidak percaya bahawa sakit yang dideritanya adalah datang kerana
pengaruh syaitan.
Demikianlah pemahaman yang sesuai dengan kemaksuman para nabi dan
kesempurnaan mereka. Allah s.w.t memerintahkan beliau untuk mandi di
salah satu mata air di gunung. Allah s.w.t memerintahkannya agar beliau
minum dari mata air ini. Kemudian Nabi Ayub melaksanakan perintah ini
dan mandi serta minum. Belum lama beliau minum pada tegukan yang
terakhir sehingga beliau merasakan sehat dan sembuh sepenuhnya dari
penyakitnya. Kemudian suhu panas dalam tubuhnya pun kembali normal
seperti biasanya. Allah s.w.t memberikan kepada Ayub dan keluarganya
dan orang-orang yang seperti mereka suatu rahmat dari sisi-Nya sehingga
Nabi Ayub tidak kembali sendirian. Allah s.w.t memberinya berlipat-lipat
kekayaan dan kemuliaan dari sisi-Nya sehingga Ayub tidak menjadi fakir.
Nabi Ayub kembali mendapatkan kesehatannya setelah lama merasakan
penderitaan dan sakit; Nabi Ayub bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau
telah bersumpah untuk memukul Isterinya sebanyak seratus pukulan
dengan tongkat ketika beliau sembuh. Sekarang beliau sembuh maka
Allah s.w.t mengetahui bahawa beliau tidak bermaksud untuk memukul
Isterinya. Namun agar beliau tidak sampai melanggar janjinya dan
sumpahnya, Allah s.w.t memerintahkannya agar segera mengumpulkan
seikat ranting dari bunga Raihan yang berjumlah seratus dan hendaklah
beliau memukulkan itu kepada isterinya dengan sekali pukulan. Dengan
demikian, beliau telah memenuhi sumpahnya dan tidak berbohong. Allah
s.w.t membalas kesabaran Ayub dan memujinya dalam Al-Quran
sebagaimana firman-Nya:
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah
sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)."
(QS. Shad: 44)