Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit
Sina, Samiri membuat patung seekor lembu daripada emas murni.
Setelah siap, patung itu diisinya dengan pasir yang di ambil dari bekas
tapak kaki kuda Jibrail. Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu
tersebut dapat mengeluarkan suara. Melihat keadaan tersebut, umat
Nabi Musa datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin
mereka menyembah patung lembu yang menakjubkan itu.
Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala,
lalu berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah
bahkan umatnya mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya jika Nabi
Harun terus melarang mereka menyembah patung lembu tersebut. Nabi
Harun tidak dapat berbuat apa-apa untuk melarang mereka daripada
terus menyembah patung tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina,
Nabi Musa sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad.
Nabi Harun telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah
yang tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun
menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar
menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa
kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua
warna iaitu putih dan hitam.