Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun
dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah
Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin
nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk
kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya
masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata;
"Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin
berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan
malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada
Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun
berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan
kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya
dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah SAW
berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak
ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam
nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan
semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya
lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir,
dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah
ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah
orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah
SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan
mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Wa
alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut
ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan
untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka
aku akan kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan
Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang
memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun turun dan duduk di dekat
kepala Rasulullah SAW.
Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun
berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya
aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan
yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua
pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua
pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran
ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang
umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang
bermaksud,
"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum
engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga
sebelum umatmu memasuki syurga."
Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku."
Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku."
Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat,
maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril
AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau
itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril,
apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah,
siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau
telah bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah
diperintahkan ke atasmu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir,
telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga,
saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah
SAW bahawa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad,
sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan
di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang
mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya
dan ikan tersebut akan menjadi batu."