Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal
perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para
malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari
dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ke tujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah
kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua
anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada
Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain
daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya
mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di
kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak
membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh
malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T.
Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang
tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para
malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku,
sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya
dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala
sesuatu di langit."