Suatu hari Rasulullah SAW bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8 dirham,
beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di
pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Beliau sempatkan
bertanya kenapa menangis. Apakah sedang di timpa musibah ? Perempuan itu
menyampaikan bahawa ia adalah seorang budak yang sedang kehilangan wang
sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham
dikeluarkan dari saku Rasulullah untuk menghibur perempuan malang tersebut.
Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli gamis, pakaian kesukaannya.
Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak
berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah akan mendandaninya
kelak." Rasulullah memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi
dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela
kepadanya. Beliau tak jadi memakai baju baru.
Dengan langkah ringan beliau hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi beliau harus
bersabar. Kali ini beliau menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut
mengadukan persoalan, bahawa ia takut pulang. Ia khawatir akan dihukum oleh
majikannya kerana terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor
binatang. Hukuman fizik sudah sangat lazim diterima. Rasulullah diutus di dunia untuk
mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati beliau hantarkan
perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, beliau ucapkan
salam. Sekali, dua kali belum ada jawapan. Baru salam yang ketiga dijawab oleh
penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan.
Ketika ditanya kenapa salam beliau tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan
sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah dengan salam tiga kali.
Selanjutnya Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya. Beliau menghantar
perempuan yang menjadi budak tersebut kerana takut mendapat hukuman. Rasulullah
kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum,
biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah in penghuni
rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari
baginda Rasulullah. kerana secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini
merdeka kerana Allah." Betapa bahagianya Rasulullah mendengar pernyataan itu.
Beliau sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan
dirham, yakni harga budak itu sendiri. Beliau berkata, "Tiadalah aku melihat delapan
dirham demikian besar berkatnya dari pada delapan dirham yang ini. Allah telah
memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang
telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."
Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah
akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah berfirman dalam sebuah hadis
Qudsyi. "Bahawanya Allah menolong hambanya, selama ia menolong
saudaranya."