Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan
aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di
sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula
bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku
berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan
sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku
memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang
kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.