Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang
berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus
mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil
untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah
SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun.
Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si
semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi
dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama
satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat
pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang
melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak
banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa
engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya
menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan
kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh
buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau
bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.