Hamba menjawab, "Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-
orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang
kepadaku. Mereka berjanji membayarnya apabila saja memperolehi. Aku berjumpa
dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."
Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh
aku."
Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang
mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan
makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga
makanan itu dimuntahkan keluar.
Kata seorang pemerhati, "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah
bersusah-payah kerana makanan yang sedikit."
"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin
kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata, "Badan yang tumbuh subur
dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku
memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."