Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah
s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau
tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"
Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap
perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya
ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima
perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang
kami terbiasakan sejak zaman jahiliah ?"
Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"
Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah,
percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada
takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."
Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para
utusanku itu ?"
Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa
tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami
mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan
zakat dan berhaji bila mampu."
Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan
sejak zaman jahiliah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di
waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak
merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh
kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun
dalam tatacara berbicara, hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan
segala macam yang kamu katakan tadi."
Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima
perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah
kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu
mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-
lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari
bekal ke dalam akhirat."