Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya
dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai
ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si
malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut
setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas
beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang
dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu
mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh
diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah
bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa,
hai kawan, tetapi berusahalah terus."
Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu
kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah
kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk
menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan
lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."
Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan
berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan
perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus
membukanya.
Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan
berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan
kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus
asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan?.jangan berbuat
demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana
kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang
hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha.
Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak
akan mengabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan
yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan
pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak
berputus asa. Nah?carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."
Sebaik saja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan
kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.
Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak
dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan)
dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.
Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang
berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita
tersadai di tepi jalan.