Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana
pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta
katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah
disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan
fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T
menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah
dirimu berserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia
dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak
ada lagi air padaku."
Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba
ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu
berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai
mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan
membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang
terhunus.
Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendak di apakan
kamu terhadap unta itu ?"
Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan
harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mahu jinak, maka akan
kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang
yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau menderhakai
dia?"
Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu
pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk..
Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur
meninggalkan solat Isyak. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan
mengerjakan solat Isyak itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi.
Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku
berada di antara mereka."
Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu,
bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W
menyerahkan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.