Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para
sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal
dunia dan tidak ada kain kapan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu
untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar
r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka
mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah
S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan
baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada
bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan
mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda
itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di
dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan
orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan
oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya tiba-tiba kain kapan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain
kapan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta
memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha
illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku?
Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku
supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
berjemaah.